Sunday, November 15, 2009

Datang OU cari KFC je?

Sebelum jari jemari mula menari dengan lebih rancak lagi di atas keyboard ini, izinkan Fara untuk memohon ampun dan maaf kepada insan-insan yang terasa dengan tajuk pada hari ini. Maafkan saya, ya.

Pada tarikh 14 November 2009, Fara, Liyana dan Erah telah berangkat ke Damasara dengan jayanya tanpa sesat. Kami bertiga memulakan perjalanan pagi itu ke stesen Kelana Jaya sebelum mengambil bas ke Damansara. Kami tiba di sana sekitar jam 11 lebih dan terus mencari sesuatu untuk mengisi perut kami yang sedang berdendang lapar.

Gaya macam nak tulis report lawatan sambil belajar je. Hahaha... Okey, jom switch! Masing-masing teruja bila dapat menjejakkan keki ke destinasi pertama, One Utama (OU). Semua tak pernah pergi. Buat gaya jakun ar. Hehehe...Nak tawaf satu OU yang besar tu, pastikan kaki tu sihat sepenuhnya sebab balik nanti, sure kaki tu keletihan yang amat.

Pusing sana, pusing sini. Cari kasut, masuk kedai buku. Cari kasut lagi, sambil tu ada je mata yang menjeling ke arah beg-beg yang cantik ter'display'. Bila tersedar belum lagi menunaikan kewajipan kepada-Nya, mencari surau pulak. Mulalah bertanya orang di situ dan orang di sana. Alhamdulillah, kami sempat jumpa sebelum waktu habis.

Lepas Zohor, masuk Reject Shop. Then beli air kat kedai Doremon kat atas tu. Masa nak turun mencari kedai Vincci, Fara terdengar sesuatu yang pelik dari belakang. Tak le pelik sangat. Selalu je dengar mamat-mamat gatal buat macam tu. Maafkan Fara sekali lagi. Fara pun entah kenapa tergerak hati nak menoleh sebab yang dua orang kat depan Fara tu tengah khusyuk bertelagah mencari Vincci. Sekali pandang, muka-muka insan yang dikenali sambil tersengih macam kerang busuk. Maafkan Fara lagi, okay. Fara terus je menepuk bahu Yana. I'm so sorry Yana, sebab tak perasan yang tepukan tu agak kuat. Nervous sebenarnya. No. Actualy malu. Whatever!!!

Lupakan kisah tadi. Sebab banyak lagi kisah yang lebih menarik untuk dikongsi bersama. Lepas solat Asar dan berjaya membeli kasut idaman Yana, kami terus bergegas ke The Curve memandangkan hari semakin kelam, menandakan malam sudah bersedia untuk datang. Sampai The Curve, sepeti biasa mencari something untuk diisi. Hidangan tengah hari tu, nampaknya telah habis ditukar kepada bentuk tenaga dan digunakan sepenuhnya oleh kami untuk mengelilingi OU.

Akhirnya, Kluang Station menjadi pilihan kami. Best makan kat situ. Nak tolong promote ni. Hehehe. Nasi lemak dia memang best! Jalan-jalan sikit, cuci mata di Ikano tu. Then, balik semula ke The Curve. Mencuci mata lagi and then singgah sebentar di satu sudut yang dirasakan cantik untuk bergambar. Lepak-lepak kat situ sekejap. Then, balik semula ke tempat asal kita.

Balik tu, ada je mulut yang nak compare antara shopping-shopping compleks yang dah kami jelajah tu dengan Sunway Pyramid. Sunway Pyramid tu ibarat tempat kita sendiri. Tempat yang dah biasa dengan kita. So, apa-apa pun, mesti nak kata Sunway Pyramid tu best. Memang pun. Tapi, lagi jauh kita berjalan, lagi banyak pengalaman yang boleh dikutip. Betul?

Monday, October 19, 2009

First Love

Cinta pertama tuh mmg manis bila dikenang. Semua org mesti ade first love masing2x kn. Well, kalu x semua pn maybe kebanyakan la. Tp tu lah first love x semestinye berakhir ke jinjang pelamin kan. Betul la kata org mencintai x semestinya memiliki. Bila dh kena batang hidung sendiri barulah rse cam btol je ayat tuh.

Aku pon ade gak first love. Kenapa aku bley trjatuh chenta ngan dia pon aku x tau. Just ati aku nih terpikat kat dia nk wat cmner lg kan. Bak kata org dari mata turun ke ati. Btul2x bahaya la panahan mata nih. Pesal aku tetibe tulis psal first love nih eh??aku pon musykil.hua3x..act tetibe aku teringat kat my first love.

Aiseh, ati jgnlah mudah menangis. Sebenarnye one day aku dpt tau yg si dia tuh single lg smpi skrg. Entah tggu sape agaknya (tgu aku kot...ekeke). First love mmg manis tp bnde nih wat ati aku sakit. X de ubat yg dpt hilangkan sakit aku nih. Act aku pon sama je cm dia single smpi skrg. huhu. My friend ckp yg aku nih ssh nk terime org lain after si dia tuh. Bila aku pikir2x balik ade btul gak kata2x kwn aku tuh. Sebabnye....aku pernah reject sorang mamat nih. isk kesian plak bila aku igt bnde tuh (sory ye). Aku just x leh trime orang lain pas dia ok.

Maybe others bley je trime org lain senang2x cmtuh je kn. Tukar psgn cam tkar baju je. Kalu kita senang menerima cinta baru pon x elok jgk sbnrnye. Bagi aku tuh ibarat yg kasih syg dia kt someone tuh sng2x je bley hilang then replace ngan org lain. Tetibe dh ade pengganti baru. Aku x leh trime lelaki yg cmtuh. Cm nk nangis pon ade rsenye. Ya ALLAH kuatknlah ati aku. Aku x nk nangis lg. Kalu jodoh aku still ngan dia aku terima, tp kalu bkn pon aku redha je. Maybe Tuhan nk bagi jodoh yg sesuai ngan aku, sbb Dia tau ape yg sebaik-baiknya utk aku dan seluruh umatnya. Amin...

Sunday, October 18, 2009

Sahabat Sejati

Akhirnya, setelah hampir setahun engineering girl wujud, baru hari ni Fara berkesempatan untuk berkongsi something dengan pembaca sekalian. Sekarang ni berada di dalam mood mendengar lagu sambil menganalisis. Tak de kerja, kan? Tapi, bukan semua orang nak buat macam ni. Rata-ratanya, semua suka dengar lagu, kan? Lagi best kalau kita dapat hayati apa yang terkandung dalam sesebuah lagu tu.

Macam tu juga dengan Al-Quran. Kalau baca sahaja, memang dapat pahala. Tapi, lebih manis lagi kalau dapat menghayati apa yang terkandung di dalam Al-Quran tu. Sebab Al-Quran tu kan, panduan untuk umat Islam. Kalau tak hayati, macam mana nak dijadikan sebagai panduan?

Back to main story, bersempena dengan exam yang hampir tiba ni, Fara nak dedicatekan lagu kat bawah ni untuk semua ahli engineering_girl@monash. Lagu ni bertajuk Sahabat Sejati yang didendangkan oleh UNIC.

Lagu ni berkisar tentang usaha seorang sahabat untuk memperbaiki hubungannya dengan sahabat dia. Dalam bersahabat ni, kadang-kala kita tak perasan ada kata-kata kita yang tak sedar telah melukakan hati sahabat kita. Kadang-kadang, terkasar perbuatan.

Kalau terasa hati bagai, bukan tak boleh nak dimaafkan sahabat kita tu. Buat apa nak dipanjangkan kisah? Dulu kamceng gila tapi sebab tersalah faham or whatever tak boleh bertemu muka. Kan tak syok tu. Manis tau kalau kita memaafkan kesalahan orang lain.

Seperti yang disampaikan dalam lagu ni, pengharapan dia semoga ikatan persahabatan mereka berkekalan sehingga ke akhir hayat. Okaylah. Kepada semua engineering_girls@monash, lagu ni tak ada maksud menyindir or whatever. Kita semua memang kamceng, kan? Actually, tak tahu nak dedicate lagu apa buat korang semua. Hehehe....

Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

C/O :
Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi

Wednesday, September 16, 2009

KoRang MmG saH SeNgaL






JOm BaLIk Umahhhhhhh~!!!!~~!!!!





Sy nk balik kg...

kat kg ade umh Sy..

umh sy ade biLiK TidOOO *faV pArt*..

BiLiK tu sure2 ade saTu kaTil emPUk..
atas kAtiL laK ade 2,3,4 baNtaL waNgI sy..



waaAAAA...

~*SuKe3xxxx*~

2WeeKs kot dAk enG cuTi raYe..

(spesel kes tuk mrk2 yg berminat ngan cik HoLidaY)

s0 saPe xJeles kn..

HUAHUAHUAHUA~~~


poLice sTaTioN aka P/S
ayat cam PeLik sbb tiada proses mngedit.
~MCM LA KORANG KESAH SGT KN~
HOHOHO



sekian dr cik T.T lost memory sape dr ini
*pulang ke pangkuan selimut*










Monday, September 14, 2009

cedey!!

assalamualaikum dan salam sejahtera,....


Berita hari ini,2 ekor lipas terlepas dan mati akibat di pijak oleh yana,erah dan syazana semasa mereka dalam perjalanan kaki ke monash di bandar sunway baru2x ini. Mangsa2x (lipas2x la...) dalam perjalanan pulang ke rumahnya berlokasi di lagoon perdana. Mangsa pertama yang terlibat dikenali sebagai cik mil,berkerja sebagai perosak utama makanan2x di rumah majikannya block 6,tingkat 6,no. 14 maut ditempat kejadian. Mangsa kedua pula dikenali sebagai cik bek juga berkerja sebagai perosak di rumah majikannya beralamat block2,tingakt 11,no bp ?,maut setelah tiba di hospital sunway akibat terburai otak. Ketiga2x pesalah kini ditahan reman dan boleh didakwa di bawah akta 667,menghabiskan stok makanan dan bayam kamilah ismail selama 3 bulan jika disabit kesalahan...



sekian berita nasional dibawa secara langsung terus menerus dari computer mum-lib-13,library monash.hehe...:)




Gambar : mangsa; dari kiri,cik mil dan cik bek yang maut dipijak.

Gambar: Pembunuh pertama dan kedua ;syazana dan erah

Gambar: Pembunuh ketiga;yana...




Tuesday, September 8, 2009

Cik Director kembali~~

salam~
adeh2x..xsangka i nih org terpenting kan..mn xnyer,kawan2 asik bising jer cik director xupdate blog..haha..malas la pulak nk slalu update almaklumlah i ni kan bz gossip.ooppppsss...bz assignment la..hahaha..

u al nk tau ape yg tgh dilakukan budak2x 2nd year engine monash skrg nih?
huh...byk menda we all nk kene buat n submit..

for mechanical eng (cik director,yana,mecda,raihan n syazana)
.......hari sabtu bakal menjelang nih 12 sept,we all dah nk kene run project untuk subject enginnering design...warman project 2009 la...isk2x...mak datok,susah seyh...nk kene create 2 device n onjectivenyer nk passing baton from one end to another end..mcmn tuh? act,either one device blh use bateri or electrical system,and the another device guna mechanical system such as gune getah or spring ker untuk gerakkan device tuh..mn xpecah pala we all...penin2x..hopefully sume berjlan lancar n success coz project nih 20% of our final mark..haha..di smping tuh,byk la we all nk kene submit assgmntssss.........:)

for dak2 chem eng (erah n farah)
uiksss....diorg nih lg bz..smpai xnmpak btg idung..haha...kejap ada.kejap xda..almaklum dak2x chem nih kan rajin wat omwork,selalujer ada kt library..haha...wat assgmnt last minit katekan...mestilah rajin.oooppppsssss....kantoi~~haha..
to frh n erah debek,wat assgmnt elok2x.. :)

for dak elec n comp systm eng (siti)
if korg nk tau,dia sorg jer yg amek elec..haha..hbt seyh...tobat la i xnk amek elec coz ada matlab..haha...if korg nk tau,matlab tuh favo subjct yana coz tutor matlb ensem n yana suke...asik2x tersermpak jer..hahah..alamak,terpecah gak rhsia...heee......
siti skrg nih we all dah jrg jmpa,besalah ktorg nama jer dak engineering monash satu bangunan,tp schedule laen2x maa...dat y susah jmpa...xper2x,hopefully we all can gather soon...:) to siti,chayok2x stdy elec tuh...

mechatronik eng (xder dak girls pon yg amek)
so....xderlah cite sal mechtrnk nih..hahaha...


paperpon.best of luck to all of u..nnti cik director post sumtin yg best yer...smoga jmpa lg~~ :) peace no war...:)

RahSia diri Dari GeRak JaRi...

· Memicit atau memgang hidung
Tidak mudah tertipu dan sangat berwaspada dlm apa juga tindakan yang dilakukan.
Seorang yang pemalu dan sukar utk berkongsi rahsia besar dgn org lain kecuali org yang benar2 dipercayai.

· Meletak tangan pada bahu kawan
Suka ikut kepala sendiri
Pentingkan diri sendiri
Teman yang sangat mengambil berat dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh teman2 rapat

· Bermain dgn tangannya
Mempunyai tahap humor yang tinggi
Pandai berjenaka
Bersikap terbuka dan dapat menerima kritikan atau pandangan org lain tanpa ambil hati
Jenis open minded

· Mematahkan jari jemarinya
Seorang yang gugup dan kurang yakin utk berbicara dgn org lain
Baik hati dan sedia membantu sesiapa saja

· Menggigit kuku
Gugup dan gementar bila berbicara
Agak tertutup dalam membicrakan rahsia hati

· Memintal hujung rambut
Suka berkhayal
Sukar diperdayakan
Keras kepala

· Menongkat dagu
Pendengar yang setia dan rahsia akan selamat ditangannya
Suka mendengar masalah teman2
Setia dlm persahabatan

· Suka letakkan tangan atas meja
Happy go lucky dan pandai menyesuaikan diri
Peramah
Suka bergantung pada orang lain

· Menggosok 2 telapak tangan
Ramah dan berfikiran matang
Suka berterus terang dan tidak suka ckap berbelit2
Mudah memahami perasaan org lain dan suka membantu

· Memutar cincin
sangat menepati janji
berhati2 dlm tutur kata
gemar hidup yang teratur

p/s : hanya kajian semata-mata. bkn btul 100% pn...

Friday, August 28, 2009

Sport car and the Quran

A young man was getting ready to graduate college

For many months he had admired a beuatiful sports car in a dealer’s showroom, and knowing his father could well afford it, he told him that was all he wanted.

As Graduation Day approached, the young man waited signs that his father has purchased the car.

Finnaly, on the morning of his graduation his father called him into his private study.

The door been knocking.

Son:”Assalamualaykum”

Father:”Waalaikumsalam”

His father told him how proud he was to have such a fine son, and told him how much he loved him.He handed his son a beautiful wrapped gift box

Curious, but somewhat dissapointed, the young man opened the box and found a lovely, leather-bound Quran.

ANGRIly, he raised his voice at his father and said

“With all your money you give me a Quran?”

and stormed out of the house, leaving the holy book.

~~

Many years passed and the young man was very succesful in bussines. He had a beautiful home and wonderful family, but realized his father was very old, and thought perhaps he should go to him. He had not seen him since that graduation day.

Before he could make arrangements, he received a telegram telling him his father had passed away, and willed all of his possessions to his sons. he needed to come home immedieately and take care things.

When he arrived at his father’s house, sudden sadness and regret filled his heart.

He began to search his father’s important papers and saw the still new Quran, just as he had left it years ago.

With tears, he opened the Quran and began to turn the pages.

As he read those words, a car key dropped from an envelope taped behind the Quran.

“eh?”

It had a tag dealer who had the sports car he had the desired. ON the tag graduation, and the words…PAID IN FULL.

How many times do we miss Allah’s blessings because they are not packaged as we expected?



Saturday, August 15, 2009

salam ramadhan..

sekejap sahaja dua tahun berlalu,rasanya seperti baru semalam kami bersama di sunway apartment menyiapkan juadah untuk berbuka puasa,masih teringat lagi resipi pertama kami iaitu kari bosej,kombinasi sosej dan bebola ayam..begitu enak rasanya walaupun hakikatnya kami ni tiada pun sijil pengiktirafan dari mana-mana kelas memasak yang ada di dunia ni.Mungkin juga kerana penat dan lapar,semuanya hidangan habis ditelan..malamnya pula ke surau untuk menunaikan solat terawih berjemaah..memanglah tidak selalu menunaikannya namun sesekali bila ada kelapangan waktu dan kurang bebanan kerja,kami pergi juga.

Ramadhan kali ini kita sudah tidak serumah lagi,agak sedih rasa dihati namun itulah ketetapan ilahi yang harus kita semua hadapi.Diharap ramadhan kali ini memberi seribu erti dan kebaikan kepada diri ini dan kalian,mudah-mudahan kesempatan yang ada ini dapat digunakan dengan sebaiknya untuk menjahit kembali sejadah iman yang telah terkoyak dek kerana kelalaian dan kealpaan.Sesungguhnya,nikmat ramadhan hanya dapat dirasai dan dikecapi oleh mereka yang begitu mengahayati kemanisan dan keindahan hazaa sanati (bulan ini)...sebagaimana firmannya yang bermaksud.." "Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu sekalian untuk puasa, sebagaimana yang telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu sekalian bertaqwa. " ( Al-Baqarah : 183)

p/s:salam ramadhan untuk semua.:)

Friday, August 14, 2009

swe3t 20 to erah..

ello...disebabkan cik director kite malas nk update blog nih, tanpa dgn segan silu sy tlg mengupdate blog nih...arituh aku n dak2x engineering (yg pompuan je) celebrate bufday si dak gedik sorg nih, erah...hak3x...act x plan pn nk celebrate dgn kek sume...erah juz nk blanje ktorg mkn mcvalue lunch je(thanks erah sbb blanje ktorg)...tetibe je jd lain dri yg di'plan'kn...cik syida n cik rinie kite ni suggest nk beli present n cake for erah...diorg 2 la yg tlg belikn hadiah tuh memandangkn ktorg yg lain trlepas bus shuttle tuh sbb bus tuh mmg penuh gler r cam tin sardin...juz diorg 2 org je yg sempat masuk...ha3x...tyme tggu bus tu lah cik syida kite send msj nk share bli present tuk erah...ktorg sume dpt msj tuh xcept erah...pastuh bley plak cik syidah tnye ktorg dpt ke blom..pdahal ktorg dh dpt lame dh msj tuh..kesian tul dpt msj lmbt...hak3x...erah pn blur n plik la sbb die x dpt...pastuh syidah pn antar 1 pic kt die...sorry erah ktorg nk cover line jer sbb ktorg x nk trkantoi...ha3x


bufday girl yg poyo

bufday cake

smile :-)

peace lol


p/s : sory rinie pic ko x de...sbb ko photographernye...he3x...nt ko upload pic yg ct amik tuh ek...sory kt erah sbb lmbt post sume nih coz x de mase...hak3x


4th week in 2nd year....

Haizz...baru je masuk 4th week for 2nd year nih. Aku rase badan nih penat giler. Skang balik umah pon lambat. Pas smpai umah tuh mmg x buat ape dh. Balik mkn, pas isyak je trus lentok atas katil yg empuk tuh. Cmner aku nk tahan smpi week 13 nih??Arghh tension2x. Even keje brlmbak nk buat tp rse cm malas sesangat. Dgn report yg x siap lg, projek x discuss lg. Mmg x ckup la 24 jam dlm shari. Kan best kalu dpt balik umah sdiri. Mama!!homesick, nk blik!! Sengsaranye atiku ini. But 4 my future, i must be strong. Go2x girl. Study hard, dunt be lazy. Just be patient. Usaha itu tgga kejayaan. wa3x..Ayat skema gler wlaupun aku bkn seorg yg skema...ha3x...so wake up girl!!jgn manje2x...u can do it!!

Thursday, August 13, 2009

Perubahan

Sekadar perkongsian dari orang yang penulis hormati….


Cuba kita perhatikan di sekeliling kita…..peralatan2 dan kemudahan2 yg tersedia untuk kita gunakan sentiasa melalui proses penambahbaikan, betul tak? Sebagai contoh, sebuah syarikat gergasi yang memperkenalkan pelbagai versi Windows akan memperkenalkan Windows 7di pasaran tidak lama lagi. Windows 7 ini bakal menggantikan Windows Vista yang telah sedia ada di pasaran. Persoalannya, mengapa versi baru harus diperkenalkan sedangkan versi yang sedia ada baru setahun jagung di pasaran….jika dikaji balik rata-rata ramai yang lebih suka menggunakan Windows Xp berbanding Vista kerana pengguna2 yang menggunapakai Vista selalu berhadapan masalah. Vista seperti yang semua sedia tahu, adalah satu percubaan berani dari Microsoft untuk menguji setakat mana ia mampu menguasai pasaran dunia…dan ternyata Vista cuma sekadar satu produk yang tidak dapat menghasilkan pulangan yang menguntungkan buat pemiliknya dan penciptanya……begitulah manusia….sekiranya sesuatu barang atau produk yang dicipta itu tidak mendapat sambutan, malah kita akan terus beralih untuk mencipta produk baru yang lebih baik fungsinya dan meluas kegunaannya…..ini adalah realiti kehidupan.


Kalau kita berfikir dengan lebih jauh lagi, kita akan tersedar yang realiti kehidupan yang kita praktikkan ini sebenarnya adalah sesuatu yang kita ambil dari Pencipta kita sendiri…..seperti dalam firman-Nya :-

‘……Dan jika kamu berpaling (dari jalan yang benar) Dia akan menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan (durhaka) seperti kamu.’[47:38]


Keluar dari jalan yang benar di sini secara dasarnya murtad tapi, ia boleh juga bermaksud berbuat sesuatu yang mengundang kemurkaan-Nya. Amal perbuatan yang banyak kadangkala tidak mengundang keredhaan-Nya jika ikhlas tidak ada dalam diri. Renung-renungkanlah wahai sahabat….betapa sengsara dan ruginya hidup kita di dunia ini jika kita tak bisa menggapai redha-Nya…bukan saja di dunia tapi juga di akhirat…(moga kita sentiasa di bawah lembayung rahmat-Nya…Amin…)


Keredhaan-Nya dapat kita raih jika kita cuba kikis sikap2 mazmumah dalam diri terlebih dahulu. Mana mungkin Dia akan memberi perhatian kepada kita andai dalam masa yang sama kita melakukan perkara yang tidak disukai-Nya. Samalah seperti sepasang kekasih. Satu pihak akan cuba berkelakuan baik di hadapan kekasihnya dan berusaha untuk tidak menyinggung hati kekasihnya. Selepas itu,barulah diambil hati kekasihnya dengan menghadiahkan pelbagai jenis hadiah atau ungkapan kasih kepada kekasihnya. Samalah keadaan kita dengan Allah. Semasa dalam proses memperbaiki diri (tidak akan pernah berhenti sampailah kita mati), perbaikilah juga kualiti ibadah kita sentiasa, perbaharui niat kita agar sentiasa ikhlas kerana-Nya, jaga perhubungan kita sesama manusia dan cuba untuk melakukan amalan sunat2. Semua ini semata-mata untuk meraih redha-Nya dan cinta-Nya (iA…Amin)…


Penulis tertarik dengan beberapa bait dari sebuah lagu (aku hanya Umar)… ‘aku hanya seorang Umar. Kemuliaanku kerna Islam. Semua ke syurga kecuali dia. Kubimbangi dialah diriku.’

Sentiasalah takut dan berharap agar amalan kita diterima-Nya…jangan pernah anggap amalan yang kita buat sudah memadai untuk kita menempah tempat di syurga-Nya…semoga peringatan ini mencetuskan perubahan buat diri kita semua..semoga yang memberi lebih faham dan lebih kuat semangatnya untuk berubah kepada yang lebih baik dari yang menerima..Amin..

Tuesday, May 19, 2009

Pujian suatu kebinasaan

Diriku lemah lagi hina
Sememangnya asal kejadian yg hina
Tidak ada daya sedikit pun
Malah tidak mampu menggerakkan jari jemari
Tanpa izin Yang Maha Esa


Kekuatan, keberanian dan apa saja yg kau kagumi
Semuanya milik Allah
Dialah yg mengurniakan segala kelebihan zahiriah itu padaku
Segala-galanya
Bukan datangnya dari diriku
Tapi semuanya datang daripada Allah yg Maha Esa


Inginku sampaikan pesan kepadamu teman
Inginku sampaikan kegusaranku padamu teman
Pujian satu kebinasaan
Manusia itu tidak layak dipuji kelak mengundang keji
Yang layak hanyalah Allah yang Maha Esa
Pujilah Dia sebanyaknya
Kerna segala yang kau lihat pada diri seseorang itu
Tidak lain hanyalah dari Allah semata-mata


Usah kau teruskan mengkagumi mahupun memuji
Manusia yang lemah tidak berdaya
Kelak apa yg kau kagumi mahupun puji pasti akan sirna
Sirna dari empunya diri malah mengundang keji

Aku berlindung padaMu ya Rabbi atas segala pujian
Pujian yg membinasakan
Ketahuilah teman pujian itu harus kena pada tempatnya
Waspadalah dengan pujian
Kawallah lidah agar tidak bisa sewenang melemparkan kata
Kata berupa pujian
Sedang dirimu sendiri tidak pasti
Tidak pasti sejauh mana kebenaran pujianmu itu


Nah serahkanlah segalanya pada yang Maha Esa
Pabila saja dikau mengkagumi seseorang
Berdoalah padaNya agar apa yg dikagumi itu
Benar pada empunya diri dan moga ianya berkekalan
Pujian itu harus dikau sandarkan padaNya
MasyaAllah tabarakallah, subhanallah, lahaulawalakuwata illa billah…
Sungguh Tuhan Maha segalanya...

sumber

Saturday, May 16, 2009

Guru oh guru~Terima kasih cikgu!

Salam..
Today hari guru~So di kesempatan nih,ak nk ucapkan selamat hri guru kpd semua guru2x yg penah mngajar ak yg 'baik' nih..hihih..Cikgu,jasamu dikenang hingga akhir nyawaku!Tanpa mu cikgu,tak wujudlah insan ber'otak' bernama NuR RasYIdaH Bt ArshAd...hehe...Luv all my teachers a lot!Even, tak brp nk ingt nama guru ku,but i still remember ur 'garang' face..hihi.maafkan segala kekasaran anak muridmu dan doakanlah semua anak2x muridmu spy mnjadi insan berguna kpd AGAMA,BANGSA dan NEGARA!peace...
So,ak nk share sket story bout my teachers maa..
Ak lahir abad ke 19 iaitu 1989..jeng2x..bermula kisahku sewaktu mula menjejakkn kaki di sebuah bangunan besar yang dipenuhi oleh org yg begitu byk!majoriti berpakain putih dan berkain atau berseluar itam..
Pra sekolah Sek. Keb. Bakar Arang..(1996- 1996)
Hari pertama ak jejakkan kaki di sekolah..Huh,menangis dowh air mata,sebab takot pon ada tp act mengantuk coz tak cukup tdo,kena bgun awl!benci..knp harus ak masuk skolah..1st day masuk skolah, ak bergelar budak PRA SEKOLAH je!!knp?sbb ak masih kecik dan cumel waktu tuh!hihi..Mak oi!!!ngapa ramai beno org kat sini??huh sume baju putih n seluar dan kain kaler itam??ak pakai apa lak nih??ngapa baju ak t-shirt kaler kuning berkolar blue black??huduhnyer baju..hihi..itulah perasaan ak ms pakai bju pra sekolah...Nak pakai baju putih gak!!!
Sepanjang ak kat pra sekolah,ak dikatakan baik la jugak..mn tak nyer,sepatah yg ditanya,tak keluar patah dr mulut ak!!haha...kawan2x sebaya agak brutal dowh,ada siap menangis lari balik rumah tak sempat pakai kasut!haha..lawak2x..ak cam besa..COOL je!!hihi..
Cikgu pertama yg ak kenal Cikgu Rosilah~~bek giler cikgu nih..dia sayang ak,ak pon syang dia..dia byk bg support kat ak suh masuk mcm2x aktiviti dowh..ak pon apa lagi,mmg dilahirkan sbg org ter'HEBAT'..(poyonyer ayat),so ak join jer lah..hihi..Cikgu rosilah sporting siot,ak anggap dia cam mak ak num2 dowh..sayang bangat sama dia!hihi...
Darjah 1-6 Sek Keb Bakar Arang ataupon dgn nama baru Sek Keb Tunku Ismail
(1997-2001)...

Huh,ak dah besar!!yeay..punggung tak pyh dibasuh org dah..blh basuh sendiri..hepynye tak terkata..haha..Ak dah masuk drjah 1 dowh,sayang pulak tinggalkan pra sekolah yg enjoy gile..hihi..
Masuk drjah 1,Guru kelas ak tak silapnyer Cikgu Ramnah!!pergh..mntap gile cikgu nih,garang siot muke dia!!itulah yg ak pikir 1st day masuk darjh 1..mak!!abah!!takot cikgu garang!!nak cikgu Rosilah gak.huhuhu..(hati merintih)..hihi..
Cikgu ramnah!!gerun ak..garangnyer mengalahkan halilintar,asal ak silap jawab omwork jer,pasti kene pukol!!bangga la gak coz ak kurang kene pukol berbanding kawan2x yg len..Almaklum,ak kan HEBAT!!..haha..
Cikgu ramnah,tanpamu pasti insan bernama Rasyidah nih tak mengenal erti dunia dan tak mengenal erti ilmu!!segala yg cikgu ajarkan amat bermakner sehingga sekarang!jasamu sgt2x dikenang,walaupon rupamu garang,tetapi lobang idung mu tetap menjadi pujaan hatiku!!!ah..aper nih,silap taip dowh..(nak tulih,tetapi jasamu tetap menjadi ingtan dalam hidupku!)..Terima kasih cikgu!
Hari2x mendatang ak tempuh dgn cekal..sabar dan sentiasa menunjukkn minat untuk belajar!.
5 thun beb kene skolah rndah!teringin lak nk masuk skolah menengah!..
Hurm,cikgu mmg mcm2x ragam,tp murid2x lglah terok...terima kasih ckgu krn bersabar mendidik anak bangsa!..
Bile ckgu bg omwork,ada la murid2x yg malas thp cipan,tak nk buat..ego lah tuh...ckg marah sket,melawan!ckgu jentik sket,mula nk wat report kt mak bapak smpai la mak bapak yg 'kurang" ilmu tuh p serang cikgu2x..isk2x..apa nk jadi..bela sgt anak2x tuh walaupon slah..Bagos2x,bila mak bapak bela anak dr kena marh ngn cikgu2x,nnti bile besar,anak2x jadi SETAN!melawan,merempit,membunuh,merogol n mcm2x ah..Tu la,kecik2x tak nak belajar,tak nak mati,bile besar jd setan!haha..
Pengalamn ak tak leh lupakan ms skolah rendah,mcm2x antaranyer..
Satu hari ak terlambat gile masuk kelas,masa tuh subjek bm,cikgu zainab..pergh,ak mintak maaf lmbt masuk ada hal,cikgu tuh lak punya bek perli ak ,.."ai rasyidah,kamo nih lambat tertinggal flight ker??",kata beliau..huh?ak malu dowh kene perli dpn kawan2x..sabar jer lah...ak pon pulun la salin cikgu tulih kat papan itam ngn lajunyer,tup2x ak berjaya menghabiskan segala latihan yang ckgu zainab kasi!bangga walaupon ak lambt masuk tp keje ttp hbs awl dr kawan2x yg gelakkan ak!!haha..ckgu pon puji lah ak...Ak tau ak mmg HEBAT!!..haha...
Pengalaman kedua, kelas bm gak,ak nih agak lemah la gak bm pemahaman!penulisan terer nk mampos..haha..ms ak drjah 6,cikgu khadijah nama beliau..garang owh..tp hati bek..garang sebab murid malas2x..dia nk tgk murid2x dia rajin n berjaya...Masa tuh kan, c,khdijah kasi keje kena wat,sume org buat la..pastu dia bincang..alamak,hbslah!!sapa salah jawab kena hukum..sume kawan2 ak kene cmpak buku la,kene pukol la..mcm2x ah..ak lak salah jawab soklan,aiseymen..ak g la dpn kat cikgu,pastu apa lg,,dia pnjangkan tgn beliau kemudian dia CUBIT peha celah kangkang ak!!adeh..mak oi..tempat sensor tuh,,sakit siot!!!ah...mengangis ak kesakitan!!sabar jer lah...coz nk pndai,ak terima semua ketentuan..huhu...
Kalau ak melawan,ak malas,ak gak yg rugi!tak pndai,tak jd cam sekarang!..terima kaseh cikgu mendidik sy sehingga pnddai walaupon segala 'keganasan' ditunjukkan..ak tak amik kesah pon coz cikgu2x ak sume hati bek,buat sume tuh supaya anak2x murid berjaya!yeah..ak berjaya dpt 5 A Upsr Beb!bangge!!...
Ok..sambung jap gi lah..tgn saket down menaip..hiihi..tunggu sambungan Guru oh Guru ye...Pengalamn ak bersama guru bile ak melangkah alam persekolahan menengah rendah!...
p/s : Thnx to beloved teachers,c.ramnah,teacher hong,c.rusna,c.khadijah,c.jamaliah,c. zainab,c. khairu,c.rushdi,c.salmah,c. hasnah,ustz sofea,ustz zainab,ustzh hafizah dll..tak ingt nama tp muke still remember!

Daun pisang oh daun pisang~

Aiseh...mggu ni byk tol kena study n assignment 'menjerit-jerit' perlu disiapkan. Tp yg menjadi keutamaan aku ari ni adalah meng'revise' balik structure utk test 3 mggu nih. Smbil2 study structure tuh ktorg tgk la rancangan hits 1 kt tv 1. Yang mengejutkan rancangan tuh bersiaran langsung kt tmpt ktorg slalu beli brg dapur (pdhal bkn masak ari2..hehehe). So ktorg lyan la hits 1, mane la tau kot trnmpk muke ina ngan milah yg tgh shopping kt mydin tuh...hahaha...popular kejap housemates aku...
tgh2 lyan hits 1 tuh, aku pn jenguk la kt bwh nk tgk kot2 kdai kak su bkak...perut ktorg dh kuar mcm2 lagu dh...lagu dangdut pn ade...then, ktorg dgn penuh rsa kelaparan trun kt tgkt 1 dgn muka yg penuh harapan kdai kak su bkak (aku dh ckp dh kt syidah, slalunyer ari sabtu kdai kak su x bkak)...bila bukak je pintu lif tu, trus menuju ke kedai kak su...tgk2 mmg konpem x bkak...syidah pn mengheret ktorg pegi banana leaf (sori kalu ejaan salah)...sbb dh lapar sgt, layan je la labu...ktorg order la iced lemon tea ngan thai basil leaf chicken rice(pjg tol namenyer)...
tup3x...yang dtg bkn thai basil leaf chicken rice, tp makanan yg ktorg sdiri pn x tau namenyer...igt nk tukar tp kesian plak kt perut nih yg mitak diisi...so telan je la kt depan mata tuh...dahsyat tol rsenyer, langsung x de rse...muka masing2x mmg x dpt dibygkan...penuh ketidaksedapan...haizzz, lain yg diorder lain yg dpt...ape daa...nasib baik iced lemon tea tuh sedap...kalu x boley la tgk aku blah dgn x bayar makanan tuh...hohoho
lepas byar je, ktorg pn trus pegi kedai runcit sbelah...pegi beli ape2x je yg boley menghilangkan rsa loya tuh...melayang gak duit aku beli air milo tuh...wlaupun harganyer x seberapa, memandangkan diri aku yg tgh pokai, trasa mahal je air tuh...huh..ape2x je la...asalkan dpt hilangkan rse loya aku sudah...kesian perutku, xde rse mkn...lapar pnye psal...tu la org ajak pegi mkn kt mydi malas...malas nk jalan...hehehe



Alamak!!habislah aku..

salam...
Pergh..bru jer jap td ak rase bahagia sekejap..almaklumlah,ingat dah hbs revise untuk test 3 engineering structure hari selasa nih!..tup2x..kawan2x seperjuangan jap td habaq kat cheq,test3 masuk dari topic bending and shear in beams,bending stess,geometric properties of a beam cross section dan deflection of beam!!!arghh...apa nih??!!&*^*

Ak hny tahu topic yg masuk untuk test hny bending and shear in beams dan bending stress!!!huh...alamak!!hbslah ak..kirenyer ak agak terkejut ' kucing' gak la..mn tak nyer topic yg disangke tak masuk test ttibe lak masuk...tak stdy lg!!!benci Mr Mark...knp harus masukkn byk topic?!huhuhu..come on...jgn keciwa..stdy lah beb!apa lg yg dimenung kan!..

Huh,otak nih makin ligat berpikir.."Byknyer keje tak siap lg",suara hati nih berbisik...Alamak case stdy Process Analysis System tak sentuh lg..huh,grupmate dah mule tny dowh bile nk bncang!!hehe...(grupmate atau dikenali sebagai mr dinee!!.kita discuss
dalam mimpi je lah..haha)...Lagi2x...lagi2x..."Aisey, project engineering structure lak!",fikiran tersentak!..cis,tak der ke menda len yg disuruh buat melainkan project je??dah la ak malas, grup mate (Yana,erah n ina lg lah malas!haha)..cpt2x..jgn berlengah,nnti keje tak siap..kang kelam kabut macam buat project 1st tuh..huhuh...

"Ye,ye..sydah!!berusaha!!chayok2x..",lg sekali hati ni berbisik...dup dap,dup dap..jangtung brgerak laju memikirkan kerja yg tak siap..."huh!!!!",saket jantung menyerang!!haha..mn ubat jantung aku nih??..(haha,ayat poyo jer)....mn taknyer...ttbe lak teringt online kuiz eletrical yg tertangguh!huh..fed up...Benci!!sabar jer lah labu...huhu..berusaha..

"ek!!",ak tersentak...ttbe lak pikir,ey kata nk berusaha,tp knp ak tulih blog ek??pergh..sempat lg ak nk post sumthing...Dah2x sydh!!jgn menggatal sgt tgn tuh.buat keje lah..haha..."ye la,nk out dah nih",ak bersuara~Alamak,tertinggal lak cite pasal keje MATLAB...tak per ah..nnti cite~see u then..bye

ok..chow dulu kwn2x...
p/s : slmt berusah menyiapkan keje yg byk tertngguh!!hihi...
p/s : gud luck test 3!

Thursday, May 14, 2009

Syafaqah@berkasih sayang

Kasih sayang...
Apa yang terlintas di fikiran kita bila disuruh untuk mengambarkan kasih sayang itu sendiri? Pasti banyak jawapan yg dapat diberi...betul tak? Seperti yang kita tahu, kasih sayang tak dapat diukur dan ia juga terlalu bernilai jika ingin dibandingkan dengan harta atau pangkat di dunia ini. Seseorang yg kurang mendapat kasih sayang akan sanggup lakukan apa sahaja untuk mendapatkannya walau terpaksa mengorbankan harta yang hakikatnya bukan sedikit.

Role model kita sendiri, iaitu Rasulullah s.a.w. telah memberi contoh tauladan yang terbaik buat kita. Betapa hebatnya sikap syafaqah baginda(tidak melebihi Allah, yang pasti) dalam melayan ahli keluarga dan sahabat2 baginda. Sehinggakan Amru Al-As sendiri pernah berasa yang dialah orang yang paling baik di sisi baginda (sedangkan Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan sahabat2 lain lebih tinggi darjatnya di sisi Allah dan rasul-Nya), hatta layanan serta kesantunan budi bicara baginda ke atasnya.

Apa yang ingin disimpulkan di sini ialah dalam kita berurusan sesama manusia tak kira antara ahli keluarga atau sahabat, jiwa
ingin berbuat baik dan menyantuni orang lain dengan penuh kasih sayang perlu ditanam dalam diri kita. Ini selari dengan sabda Rasulullah s.a.w. iaitu ”Tidak sempurna iman kalian kecuali kalian berkasih sayang.” Mendengar hal itu salah seorang sahabat berkata: ”Kami semua telah berkasih sayang..”. Rasulullah kemudian menjelaskan: ”Sesungguhnya yang kumaksud bukanlah hanya berkasih sayang antara salah seorang kalian kepada sahabatnya (sesama mu’min), akan tetapi berkasih sayang ’aamah (secara umum)” .( maaf, tak disertakan riwayat dari sape).

Selain cuba untuk berkasih sayang walaupun dengan orang yg memusuhi kita, perasaan halus dan kelembutan dalam kita bermuamalah sesama manusia juga perlu dipraktikkan sepanjang kita hidup di dunia yang sementara ini. Ini kerana, kedua-dua sikap ini yang akan dapat menarik rahmat Allah datang pada kita, di samping menjadikan orang dekat pada kita.Buktinya, dalam surah Ali Imran:159, Allah telah berfirman:-"
Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu ma’afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu Telah membulatkan tekad, Maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya. Bagaimana untuk memupuk sikap ini dalam diri kita?

Antaranya, sentiasa berbaik sangka pada orang. Dalam konteks kita yang sedang belajar ini, sahabatlah yang paling dekat dengan kita. Sikap ini memang susah untuk dipupuk, tetapi kalau sudah dimiliki, keindahan bersahabat itu memang akan sangat dirasai. Kasih sayang akan hidup subur dalam diri kita dan dengan itu, kita akan ada sebab untuk berada di kalangan hamba-Nya yang dilindungi di akhirat kelak(kerana kita bersahabat untuk mengharapkan keredhaan-Nya). Perselisihan faham juga dapat dielakkan dan kalau benar ia berlaku, masalah itu dapat diselesaikan dengan cara yang baik.

Selain itu, bila kita membincangkan tentang syafaqah, sikap yang tak dapat dipinggirkan adalah peka atau sensitif pada kesulitan yang dialami oleh sahabat kita. Sikap ini perlu kerana sebagai seorang muslim, kita haruslah mengambil tahu dan cuba untuk selesaikan masalah sahabat kita semampu yang boleh. Andai kata kita menoleh dari menolongnya, tak mustahil Allah akan membalas kita dengan mendatangkan seorang teman lain yang akan melakukan hal yang sama pada kita di saat kita susah. Bagi orang yang berfikir, dia akan cepat2 muhasabah diri dan membetulkan sikapnya. Tapi, bagaimana pula dengan orang yang tidak sedar langsung dengan perbuatannya itu? Takkan kita hendak tunggu balasan dari-Nya baru hendak berubah...ingatlah sahabat yang dikasihi...bebanan sahabat adalah umpama bebanan kita sendiri...kalaupun kita tak berdaya untuk menolong, sekurang2nya berdoalah untuknya sebagai satu usaha yang kita boleh buat untuk ringankan masalahnya. Dalam riwayat Baihaqi,
Ibnu Abbas menceritakan bahawa dia pernah mendengar Nabi bersabda: ”Barangsiapa pergi untuk berusaha mencukupi keperluan saudaranya dan berhasil, itu lebih baik daripada beri’tikaf di masjid selama sepuluh tahun. Dan barangsiapa beri’tikaf sehari dengan niat ingin memperoleh keridhoan Allah, baginya Allah akan menjadikan tiga parit lebih jauh dari dua ufuk Ttimur dan Barat yang akan memisahkannya dari neraka”.Akhir kata, maaf dipohon kalau ada yang tersinggung. Niat di hati bukan untuk menyakitkan tapi untuk menyempurnakan mana yang sudah sempurna dan membetulkan mana yang salah...sekiranya ada kesalahan, harap dibetukan terutamanya berkaitan dengan ayat al-quran dan hadis2 di atas...sekian...

PeRsaHaBaTan YaNG BaiK~



Sesungguhnya ikatan akidah itu adalah sekuat-kuat ikatan. Sesungguhnya orang-orang yang hidup di bawah naungan cinta dan persaudaraan Islam, persaudaraan kepada Allah dan lillahi taala akan mendapat merasai dan menikmati satu kebahagiaan yang hakiki, kepuasan jiwa yang tidak terperi di mana ia tidak dapat dikecapi orang-orang yang menilai hidup dengan nilai-nilai keduniaan yang fana ini.
Sesungguhnya suasana ukhuwah atau semangat persaudaraan Ikhwanul Muslimin yang telah dinikmati oleh anggotanya adalah seumpama air dengan ikan. Sekiranya ada di kalangan mereka yang menghadapi kesulitan, kelekaan, kelesuan, kealpaan atau mengikut pujukan syaitan tidak akan dibiarkan begitu sahaja supaya tidak hanyut dalam suasana sedemikian yang terdedah kepada kehancuran dan kebinasaan. Muslim yang mempunyai sahabat yang baik tidak akan mengajak atau membiarkan mereka melakukan kehancuran tetapi akan memberi peringatan, menolongnya melawan godaan syaitan dan nafsu. Ini merupakan suatu bekalan yang besar sepanjang jalinan persahabatan.
Sesungguhnya sahabat yang baik adalah orang yang sentiasa mengingatkan kita kepada keba-ikan. Salah seorang Assalafuddin pernah berkata: “Laksanakanlah nasihat itu dengan cara apa pun iaitu dengan cara yang paling baik dan dan terimalah dengan apa cara yang baik. Sekiranya sahabat itu menegur kamu secara rahsia maka dia telah membaiki dan menghiasinya tetapi sekiranya dia menegur secara terang-terangan di hadapan khalayak ramai maka dia telah memalukan dan mengkhianati sahabatnya.
Persahabatan yang baik menambahkan lagi kebahagiaan yang dikecapinya kerana penglibatan saudara-saudaranya bersama-sama di dalam kegembiraan itu akan dapat meringankan kepenatan dan kesesuaian semasa ia ditimpa bahaya dan bencana. Ini merupa-kan pembantu dan bekalan sepanjang jalan. Allah SWT telah berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud : “Tolong-menolonglah kamu dalam kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam dosa dan permusuhan”.” Jelaslah, arahan ini bukanlah ditujukan kepada individu se-mata-mata tetapi ditujukan khasnya kepada umum.
Namun persahabatan yang baik dan kukuh adalah wajib dan lazim untuk orang-orang yang berjalan di atas jalan Allah SWT. Alangkah besarnya bekalan yang akan didapati oleh seseorang dalam persahabatan yang baik dan harmonis, berkasih-kasihan di jalan Allah untuk mendapat keredhaan dan kesempurnaan-Nya serta ganjaran baik dari-Nya lantaran perasaan cinta kepada Allah SWT, pandang-memandang sesama mereka penuh erti cinta yang ikhlas kerana Allah SWT, berjabat tangan kerana Allah dengan disulami senyum simpul terhias di wajah, saling ziarah-menziarahi, wasiat-mewasiati serta ingat-mengingati ke arah kebaikan.
Rasulullah SAW pernah bersabda, mafhumnya : “Tujuh golongan yang akan dinaungi Allah di hari yang tiada lagi naungan kecuali naungan Allah yang satu. Salah satu daripadanya ialah dua orang lelaki yang berkasih sayang kerana Allah, kedua-duanya bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.” Allah SWT amat mencintai orang yang mencintai sahabatnya.
Oleh kerana pentingnya persahabatan yang itu dengan segala kebaikan dan faedah yang lahir daripada nya terhadap Islam dan umatnya maka kita dapati Islam serta syariatnya memelihara nilai-nilai persa-habatan, mengawal dari dari segala perkara yang merosakkan perpadu-an serta mengharamkan daripada perkara-perkara yang membawa kepada sifat dengki, benci, menipu, berlaku curang, khianat, mengejek, bersangka buruk mencari kesalahan orang lain, memutuskan hubungan, hipokrit dan saling berpaling tadah (tidak setia).
Ingatlah pesan Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud : “Janganlah kamu sa-ling putus-memutus hubungan, saling berpaling tadah, saling benci-membenci dan saling berhasad dengki. Dan jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Dan tidak halal bagi seseorang muslim yang berpaling dari saudaranya melebihi dari tiga hari”.
Alangkah bahagianya kita dengan nikmat persaudaraan kerana Allah dan perlu kita memelihara nya dengan segala kemampuan dan cara yang ada. Oleh itu wahai saudaraku ! Carilah sahabat yang soleh, bersahabatlah dengan persahabatan yang baik kerana ia merupakan penolong dan bekalan sepanjang jalan.
“Sahabat yang baik adalah lebih mahal dari segunung emas permata. Oleh itu apabila kamu berdoa janganlah kamu minta segunung emas permata tetapi mintalah dari tuhanmu sahabat yang soleh”.


Post by : Director


Tips2x berguna untuk menjamin kesihatan diri anda~~

1) Jawablah telepon dengan menggunakan telinga sebelah kiri...
2) Minumlah obat dengan tidak menggunakan air dingin...
3) Makanlah makanan ringan setelah jam 6 malam bukan makanan berat...
4) Minum lebih banyak air pada pagi hari, minum lebih sedikit pada malam hari...
5) Jam tidur yang paling baik adalah jam 10 malam dan bangun tidur jam 5 pagi...
6) Jangan terlalu cepat berbaring setelah minum obat...
7) Ketika battery HP tinggal satu bar, jangan angkat telepon karena radiasi meningkat hingga
100 kali lipat...!
p/s : Teruskan pesan ini ke orang-orang yang kita sayangi... dan yakinlah bahwa kebaikan hati... tak akan pernah merugikan kita
p/s : Smoga sentiasa berada dalam lembayung ALLAH...:)
Created by : Director

Tuesday, May 12, 2009

welcome~~




Assalamualaikum W.B.T... 1st of all,this blog is created for all monash engineering GIRLS (batch 08's) to share any opinions regarding the course, gossip (such as gossip couple), funny story, feelings, problem, and sekufu dgnnye~~hihi... Luahkan apa2x jer korg nk luah n sharing2x kan lah apa yg korg nk share...anytime,anywhere and anyone...Actually,if korang ada problem or tgh moody,let us know,then we'll help u girls in any matters~~INSYAALLAH...hopefully u all enjoys wif this blog and hopefully our frendship never DIE!!!may ALLAH bless u all n best of luck in monash~~

P/S : you all may also leave any comments and be 'OUR' reminders!!hihi

"SHARING IS CARING" and "CARING IS LOVING" dude~~

Director : RASY@cart

Ass. direc : ERAH@qis & YANA@liya





Members's of blog : INA, RAIHAN, SYAHIDA@mec D, RINI, SITI, SHAZANA, FARA@aimiza...


And all mufyian's girl@mara.monash..heheh..