Thursday, August 13, 2009

Perubahan

Sekadar perkongsian dari orang yang penulis hormati….


Cuba kita perhatikan di sekeliling kita…..peralatan2 dan kemudahan2 yg tersedia untuk kita gunakan sentiasa melalui proses penambahbaikan, betul tak? Sebagai contoh, sebuah syarikat gergasi yang memperkenalkan pelbagai versi Windows akan memperkenalkan Windows 7di pasaran tidak lama lagi. Windows 7 ini bakal menggantikan Windows Vista yang telah sedia ada di pasaran. Persoalannya, mengapa versi baru harus diperkenalkan sedangkan versi yang sedia ada baru setahun jagung di pasaran….jika dikaji balik rata-rata ramai yang lebih suka menggunakan Windows Xp berbanding Vista kerana pengguna2 yang menggunapakai Vista selalu berhadapan masalah. Vista seperti yang semua sedia tahu, adalah satu percubaan berani dari Microsoft untuk menguji setakat mana ia mampu menguasai pasaran dunia…dan ternyata Vista cuma sekadar satu produk yang tidak dapat menghasilkan pulangan yang menguntungkan buat pemiliknya dan penciptanya……begitulah manusia….sekiranya sesuatu barang atau produk yang dicipta itu tidak mendapat sambutan, malah kita akan terus beralih untuk mencipta produk baru yang lebih baik fungsinya dan meluas kegunaannya…..ini adalah realiti kehidupan.


Kalau kita berfikir dengan lebih jauh lagi, kita akan tersedar yang realiti kehidupan yang kita praktikkan ini sebenarnya adalah sesuatu yang kita ambil dari Pencipta kita sendiri…..seperti dalam firman-Nya :-

‘……Dan jika kamu berpaling (dari jalan yang benar) Dia akan menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan (durhaka) seperti kamu.’[47:38]


Keluar dari jalan yang benar di sini secara dasarnya murtad tapi, ia boleh juga bermaksud berbuat sesuatu yang mengundang kemurkaan-Nya. Amal perbuatan yang banyak kadangkala tidak mengundang keredhaan-Nya jika ikhlas tidak ada dalam diri. Renung-renungkanlah wahai sahabat….betapa sengsara dan ruginya hidup kita di dunia ini jika kita tak bisa menggapai redha-Nya…bukan saja di dunia tapi juga di akhirat…(moga kita sentiasa di bawah lembayung rahmat-Nya…Amin…)


Keredhaan-Nya dapat kita raih jika kita cuba kikis sikap2 mazmumah dalam diri terlebih dahulu. Mana mungkin Dia akan memberi perhatian kepada kita andai dalam masa yang sama kita melakukan perkara yang tidak disukai-Nya. Samalah seperti sepasang kekasih. Satu pihak akan cuba berkelakuan baik di hadapan kekasihnya dan berusaha untuk tidak menyinggung hati kekasihnya. Selepas itu,barulah diambil hati kekasihnya dengan menghadiahkan pelbagai jenis hadiah atau ungkapan kasih kepada kekasihnya. Samalah keadaan kita dengan Allah. Semasa dalam proses memperbaiki diri (tidak akan pernah berhenti sampailah kita mati), perbaikilah juga kualiti ibadah kita sentiasa, perbaharui niat kita agar sentiasa ikhlas kerana-Nya, jaga perhubungan kita sesama manusia dan cuba untuk melakukan amalan sunat2. Semua ini semata-mata untuk meraih redha-Nya dan cinta-Nya (iA…Amin)…


Penulis tertarik dengan beberapa bait dari sebuah lagu (aku hanya Umar)… ‘aku hanya seorang Umar. Kemuliaanku kerna Islam. Semua ke syurga kecuali dia. Kubimbangi dialah diriku.’

Sentiasalah takut dan berharap agar amalan kita diterima-Nya…jangan pernah anggap amalan yang kita buat sudah memadai untuk kita menempah tempat di syurga-Nya…semoga peringatan ini mencetuskan perubahan buat diri kita semua..semoga yang memberi lebih faham dan lebih kuat semangatnya untuk berubah kepada yang lebih baik dari yang menerima..Amin..

No comments: