Monday, October 19, 2009

First Love

Cinta pertama tuh mmg manis bila dikenang. Semua org mesti ade first love masing2x kn. Well, kalu x semua pn maybe kebanyakan la. Tp tu lah first love x semestinye berakhir ke jinjang pelamin kan. Betul la kata org mencintai x semestinya memiliki. Bila dh kena batang hidung sendiri barulah rse cam btol je ayat tuh.

Aku pon ade gak first love. Kenapa aku bley trjatuh chenta ngan dia pon aku x tau. Just ati aku nih terpikat kat dia nk wat cmner lg kan. Bak kata org dari mata turun ke ati. Btul2x bahaya la panahan mata nih. Pesal aku tetibe tulis psal first love nih eh??aku pon musykil.hua3x..act tetibe aku teringat kat my first love.

Aiseh, ati jgnlah mudah menangis. Sebenarnye one day aku dpt tau yg si dia tuh single lg smpi skrg. Entah tggu sape agaknya (tgu aku kot...ekeke). First love mmg manis tp bnde nih wat ati aku sakit. X de ubat yg dpt hilangkan sakit aku nih. Act aku pon sama je cm dia single smpi skrg. huhu. My friend ckp yg aku nih ssh nk terime org lain after si dia tuh. Bila aku pikir2x balik ade btul gak kata2x kwn aku tuh. Sebabnye....aku pernah reject sorang mamat nih. isk kesian plak bila aku igt bnde tuh (sory ye). Aku just x leh trime orang lain pas dia ok.

Maybe others bley je trime org lain senang2x cmtuh je kn. Tukar psgn cam tkar baju je. Kalu kita senang menerima cinta baru pon x elok jgk sbnrnye. Bagi aku tuh ibarat yg kasih syg dia kt someone tuh sng2x je bley hilang then replace ngan org lain. Tetibe dh ade pengganti baru. Aku x leh trime lelaki yg cmtuh. Cm nk nangis pon ade rsenye. Ya ALLAH kuatknlah ati aku. Aku x nk nangis lg. Kalu jodoh aku still ngan dia aku terima, tp kalu bkn pon aku redha je. Maybe Tuhan nk bagi jodoh yg sesuai ngan aku, sbb Dia tau ape yg sebaik-baiknya utk aku dan seluruh umatnya. Amin...

Sunday, October 18, 2009

Sahabat Sejati

Akhirnya, setelah hampir setahun engineering girl wujud, baru hari ni Fara berkesempatan untuk berkongsi something dengan pembaca sekalian. Sekarang ni berada di dalam mood mendengar lagu sambil menganalisis. Tak de kerja, kan? Tapi, bukan semua orang nak buat macam ni. Rata-ratanya, semua suka dengar lagu, kan? Lagi best kalau kita dapat hayati apa yang terkandung dalam sesebuah lagu tu.

Macam tu juga dengan Al-Quran. Kalau baca sahaja, memang dapat pahala. Tapi, lebih manis lagi kalau dapat menghayati apa yang terkandung di dalam Al-Quran tu. Sebab Al-Quran tu kan, panduan untuk umat Islam. Kalau tak hayati, macam mana nak dijadikan sebagai panduan?

Back to main story, bersempena dengan exam yang hampir tiba ni, Fara nak dedicatekan lagu kat bawah ni untuk semua ahli engineering_girl@monash. Lagu ni bertajuk Sahabat Sejati yang didendangkan oleh UNIC.

Lagu ni berkisar tentang usaha seorang sahabat untuk memperbaiki hubungannya dengan sahabat dia. Dalam bersahabat ni, kadang-kala kita tak perasan ada kata-kata kita yang tak sedar telah melukakan hati sahabat kita. Kadang-kadang, terkasar perbuatan.

Kalau terasa hati bagai, bukan tak boleh nak dimaafkan sahabat kita tu. Buat apa nak dipanjangkan kisah? Dulu kamceng gila tapi sebab tersalah faham or whatever tak boleh bertemu muka. Kan tak syok tu. Manis tau kalau kita memaafkan kesalahan orang lain.

Seperti yang disampaikan dalam lagu ni, pengharapan dia semoga ikatan persahabatan mereka berkekalan sehingga ke akhir hayat. Okaylah. Kepada semua engineering_girls@monash, lagu ni tak ada maksud menyindir or whatever. Kita semua memang kamceng, kan? Actually, tak tahu nak dedicate lagu apa buat korang semua. Hehehe....

Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

C/O :
Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi