Sunday, October 18, 2009

Sahabat Sejati

Akhirnya, setelah hampir setahun engineering girl wujud, baru hari ni Fara berkesempatan untuk berkongsi something dengan pembaca sekalian. Sekarang ni berada di dalam mood mendengar lagu sambil menganalisis. Tak de kerja, kan? Tapi, bukan semua orang nak buat macam ni. Rata-ratanya, semua suka dengar lagu, kan? Lagi best kalau kita dapat hayati apa yang terkandung dalam sesebuah lagu tu.

Macam tu juga dengan Al-Quran. Kalau baca sahaja, memang dapat pahala. Tapi, lebih manis lagi kalau dapat menghayati apa yang terkandung di dalam Al-Quran tu. Sebab Al-Quran tu kan, panduan untuk umat Islam. Kalau tak hayati, macam mana nak dijadikan sebagai panduan?

Back to main story, bersempena dengan exam yang hampir tiba ni, Fara nak dedicatekan lagu kat bawah ni untuk semua ahli engineering_girl@monash. Lagu ni bertajuk Sahabat Sejati yang didendangkan oleh UNIC.

Lagu ni berkisar tentang usaha seorang sahabat untuk memperbaiki hubungannya dengan sahabat dia. Dalam bersahabat ni, kadang-kala kita tak perasan ada kata-kata kita yang tak sedar telah melukakan hati sahabat kita. Kadang-kadang, terkasar perbuatan.

Kalau terasa hati bagai, bukan tak boleh nak dimaafkan sahabat kita tu. Buat apa nak dipanjangkan kisah? Dulu kamceng gila tapi sebab tersalah faham or whatever tak boleh bertemu muka. Kan tak syok tu. Manis tau kalau kita memaafkan kesalahan orang lain.

Seperti yang disampaikan dalam lagu ni, pengharapan dia semoga ikatan persahabatan mereka berkekalan sehingga ke akhir hayat. Okaylah. Kepada semua engineering_girls@monash, lagu ni tak ada maksud menyindir or whatever. Kita semua memang kamceng, kan? Actually, tak tahu nak dedicate lagu apa buat korang semua. Hehehe....

Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

C/O :
Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi

4 comments:

shazanaosman said...

sy ske dgr lagu ni.:)

Faratira Aimiza said...

saya pun...
skrg minat dgn lagu aiman sidek...
mari ar dengar semua lagu dia...
saya mempromote nie..
lagu cinta terakhir, pergi saat indah, kisah insan, hanya kepalsuan, selalu ada (ft heliza), menanti solehah, dusta berkalang, teman biasa...
hope enjoy...

miSSeRah said...

ades!fara x abes2x ngan aiman die..isk3x..parah dh kwn aq...

Faratira Aimiza said...

fara sukarela jd promoter album aiman je...
jgn ar slh anggap pulak...
suka kat lagu yg dia nyanyi...